Sekurang-kurangnya 12 penumpang masih hilang, manakala dua lagi terperangkap dalam kejadian feri terbakar di Greece.

Euroferry Olympia yang dalam perjalanan dari Greece ke Itali itu  terbakar di Laut Ionia, petang semalam.

Menurut pengawal pantai Greece, kumpulan penyelam telah  dikerah bagi memperluaskan pencarian mangsa yang hilang selepas 278 orang berjaya diselamatkan. Sembilan daripada yang hilang dilaporkan warga Bulgaria.

Punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini