Lebih 12 juta warganegara dan pengembara direkodkan menggunakan laluan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor sejak pembukaan sempadan, 1 April hingga 14 Jun lalu.
 
Daripada jumlah itu 6.3 juta warganegara dan 2.3 juta warga asing
menggunakan laluan BSI, 2.7 juta warganegara dan 704,000 warga asing melalui CIQ KSAB.


Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kelancaran proses pembukaan sempadan itu, hasil kerjasama dan komitmen pihak terlibat di kedua-dua negara Malaysia-Singapura.

284 kaunter keluar dan masuk beroperasi di CIQ BSI, 169 kaunter di CIQ KSAB melibatkan seribu 631 anggota Jabatan imigresen malaysia, 722 kastam, 87 Jabatan Pengangkutan Jalan dan 206 PDRM.
 
Lorong motosikal bakal ditambah kepada 75 lorong daripada 50 lorong sekarang manakala lorong kereta dilaksana sistem Single Loading Double Capacity bagi menjimatkan masa pemandu.
 
Selain penggabungan kemudahan Touch ‘n Go di kaunter imigresen bagi laluan kereta yang dijangka siap pada Februari tahun hadapan.
 
Beliau berkata demikian semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini