12 lelaki berumur antara 18 hingga 33 tahun, ditahan, tengah malam tadi, di Johor Bahru, Johor, disyaki terlibat sindiket ‘Pusat Panggilan’ penipuan pelaburan tidak wujud, serta judi dalam talian.

Sindiket dipercayai telah beroperasi selama sebulan, dengan suspek dibayar gaji dua ribu RM500 setiap seorang.  

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendent Lim Jit Huey memaklumkan, sindiket menggunakan modus operandi, berkenalan dengan mangsa di media sosial sebelum menipu mangsa, yang terdiri daripada warga asing.
 
Semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod kes penipuan dan judi dalam talian.
 
Turut dirampas, 47 telefon bimbit, 12 komputer riba serta tujuh buku skrip penipuan.
 
Kesemua suspek direman sehingga esok, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 (TIPU) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 4 (1) G Akta Rumah Judi Terbuka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini