Sekurang-kurangnya 12 penghuni kem pelarian Palestin, Burj Shamali di selatan Lubnan maut dalam satu insiden letupan.

Letupan dipercayai berpunca daripada depot simpanan senjata kumpulan Hamas.

Kebakaran dikatakan bermula daripada satu lori tangki diesel.

Ia kemudian merebak ke masjid berdekatan yang dikawal kumpulan pejuang Palestin.

Kebakaran kemudian mencetuskan letupan di gudang senjata yang disimpan di masjid berkenaan.

Pendakwa Raya telah mengarahkan agensi keselamatan menjalankan pemeriksaan ke atas tapak simpanan senjata milik Hamas.

Lubnan menjadi tempat perlindungan ribuan pelarian Palestin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini