Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 13 lagi cedera dalam insiden rempuhan pada upacara keagamaan di wilayah Kashmir, India

Menurut pihak berkuasa, jumlah mangsa dijangka meningkat kerana laluan menuju ke puncak bukit, iaitu lokasi upacara itu dipenuhi dengan orang ramai yang ingin melakukan penyembahan sempena tahun baharu.

Mata Vaishno Devi adalah satu daripada kuil Hindu yang paling dihormati di utara India dengan puluhan ribu mengunjungi rumah ibadah itu untuk bersembahyang setiap hari. Insiden itu berlaku sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan, ketika laluan masih gelap.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini