Cubaan 12 pendatang asing tanpa izin, PATI masuk ke Malaysia kira-kira pukul 1.30 pagi hingga 11.45 pagi tadi gagal. Tangkapan oleh Briged Ketujuh Infantri Malaysia, 7 Briged di Bandar penawar, Kota Tinggi,Johor melibatkan lapan lelaki dan empat wanita berusia 22 hingga 45 tahun. Markas Divisyen Ketiga Infantri menerusi kenyataannya, berkata, tangkapan hasil rondaan pihaknya setelah terserempak dua PATI bersembunyi di pinggir hutan di Jalan Tanjung Balau-Bandar Penawar.

Empat lagi PATI ditangkap tidak jauh dari lokasi sama sebelum enam lagi PATI ditangkap pukul 11.45 pagi di kawasan berhampiran. Mereka dibawa menjalani ujian saringan covid sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini