12 pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan 9 lelaki dan 3 wanita dditahan ketika cuba masuk secara haram ke Malaysia melalui kawasan sempadan negara Malaysia-Thailand.

Tangkapan dilakukan di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia, awal pagi semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan, sub unit yang melakukan rondaan di jalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand mengesan tanda kesan potongan pada pagar keselamatan dan terdapat kesan tapak kaki manusia yang menghala ke kebun getah.

Susulan daripada itu, anggota rondaan terus melaksanakan penjejakan dan berjaya menahan sekumpulan individu terbabit.

Hasil siasatan awal mendapati, kesemua mereka merupakan PATI warga Myanmar berusia dalam lingkungan umur antara 20 hingga 42 tahun.

Turut dirampas mata wang Thailand, telefon bimbit dan barang kemas bernilai lebih RM3,700.

Kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Alor Setar untuk tindakan selanjutnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini