Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 11 lagi cedera lagi cedera dalam letupan gas di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan.

Menurut polis, punca letupan di cawangan bank terbesar Pakistan, Habib Bank Limited itu, mungkin berpunca daripada kebocoran gas. Stesen minyak, kereta dan motosikal yang diletakkan berhampiran lokasi turut rosak teruk.

Kes letupan disebabkan kerosakan silinder gas yang digunakan untuk memasak di dalam kereta adalah perkara biasa di Pakistan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini