12 wanita dan enam lelaki warga asing ditahan polis, disyaki terlibat kegiatan pelacuran dan urut tanpa lesen di Iskandar Puteri, Johor.

Tangkapan dijalankan menerusi empat serbuan berasingan di dalam sebuah pusat beli-belah di Taman Pulai Utama pada pukul 5 petang hingga 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mokhtar memaklumkan, kesemua suspek terdiri daripada warga Thailand, Filipina dan Indonesia, berperanan sebagai pekerja dan penjaga premis.
 
Turut dirampas kondom, botol minyak urut beserta wang tunai RM920.
 
Suspek direman sehingga 28 Januari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, selain Seksyen 55B, 39B, dan Enam (1) (C) Akta Imigresen.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini