1,207 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Daripada jumlah itu, 44 menerimanya hari ini.

Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pagi tadi.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.  Keberangkatan baginda berdua disambut Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri; Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Ini merupakan tahun kedua istiadat berlangsung dalam suasana norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (S-O-P) Covid-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini