Berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG); 121 insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan JMG dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu. 

Pihak JMG dan JKR telah diminta untuk menyelaras pelaporan tanah runtuh supaya lebih menyeluruh dan turut melibatkan kawasan cerun di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan.

NADMA menerusi kenyataan memaklumkan; Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarah mengenal pasti kaedah penyelesaian terbaik.
 
Ia bagi menempatkan penduduk yang telah mengosongkan rumah tidak selamat didiami berikutan tanah runtuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini