122 penduduk Kuching, Sarawak terjejas banjir.

35 keluarga terbabit ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan PPS Dewan Sri Buntal di Kampung Buntal menempatkan 95 penduduk terjejas daripada 28 keluarga.
 
Manakala 27 lagi penduduk terjejas daripada tujuh keluarga berlindung di PPS Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu.
 
Kedua-dua PPS itu beroperasi sejak banjir melanda Ahad lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini