Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 123 notis atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Khas Cascadia di Taman Setia Indah dan Taman Daya, Johor Bahru, tengah malam tadi.

Ia melibatkan 88 Notis JPJ (P) 22, 32 Notis PG Satu dan Tiga Notis Arah Periksa Arah Timbang, manakala 67 kenderaan diambil tindakan.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan memaklumkan operasi melibatkan dua pegawai dan 38 penguatkuasa itu mengesan 102 kesalahan.

Antaranya, 43 kesalahan cermin gelap, 14 saman bagi LKM tamat tempoh dan Insurans Tamat Tempoh serta tujuh kesalahan tiada CDL.
 
Selain itu, dua kesalahan Lampu HID, enam kesalahan ubah suai serta satu kesalahan ekzos dan cermin sisi.
 
Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), selain Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini