Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima sejumlah 897 permohonan dalam Sistem Permohonan Perumahan Negara (SPRN) sehingga 20 Oktober lalu.

Daripada jumlah tersebut, 124 penerima manfaat Rumah IKRAM Keluarga Malaysia telah menerima surat tawaran.

Manakala 1,876 unit rumah lagi akan dibuat pengisian secara berperingkat tertakluk kepada permohonan yang diterima.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, berkata, sehingga kini, lima negeri yang akan melaksanakan projek Rumah IKRAM, termasuk Selangor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor.

KPKT sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri lain melalui Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Negeri dan Lembaga Perumahan Negeri untuk memperluaskan lagi penawaran bagi membantu golongan memerlukan.

Datuk Seri Dr Ismail menjawab pertanyaan wakil Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini