Seramai 147,705 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) telah berdaftar menerusi Pelan Rekalibrasi PATI sehingga 21 Oktober lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada jumlah itu seramai 124,423 orang PATI telah pulang ke negara asal.

Jelasnya kejayaan itu didorong pembukaan kaunter khas untuk memudah cara kepulangan PATI di beberapa pintu keluar negara.

Bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja, seramai 212,926 orang PATI telah berdaftar untuk diregularisasikan sebagai pekerja asing yang sah.

Daripada jumlah tersebut, seramai 34,318 orang PATI telah lulus dan 20,889 gagal.

Manakala, seramai 157,719 orang PATI masih belum hadir untuk proses verifikasi di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kerajaan akan terus melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sehingga 31 Disember depan dengan membuka semua sektor kecuali sektor beku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini