Di Johor, Sejumlah RM102,000 kompaun dikenakan terhadap 125 penternak, pemborong dan peruncit telur dan ayam segar di Johor kerana tidak mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
 
EXCO Pelaburan Perdagangan dan Hal Ehwal  Pengguna Negeri, Lee Ting Han berkata, tindakan diambil  hasil pemeriksaan ke atas 4,657 peruncit, pemborong dan pengeluar, sejak 5 Februari hingga 13 Jun lalu.

Beliau berkata, 92 pegawai pemantau harga dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor terlibat mengumpul maklumat harga barangan keperluan secara berkala selain tugas penguatkuasaan menerusi beberapa siri operasi.

Dalam pada itu, kompaun berjumlah 3,800 dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina manakala 14 kes didakwa membabitkan nilai kompaun RM2,000 dikenakan sepanjang penguatkuasaan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini