Peranan Skuad Uniti sedia ada diperkukuh dalam meningkatkan menyampaikan perkhidmatan kepada Komuniti terjejas COVID-19. Bagi tujuan itu, Skuad Uniti dijenamakan kepada Skuad Uniti RT Cares menerusi Program Komuniti Sejahtera RT Cares.  

Sehingga kini, 125 Skuad Uniti RT Cares telah ditubuhkan di seluruh negara. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, skuad ini bertindak sebagai agen pemangkin perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira bangsa.
 
Kerjasama pelbagai pihak termasuk jaringan strategik bersama swasta turut dilaksanakan bagi memperkasa khidmat bantuan tersebut. Skuad ini merupakan pasukan pertama yang menerima maklumat serta menyalurkan bantuan kepada golongan sasar terutama melibatkan komuniti Rukun Tetangga.
 
Beliau berucap melancarkan Skuad Unity RT Cares Peringkat Negeri Pahang dan Sesi Maklumbalas Rakyat Kami@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini