Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengaktifkan 324 balai dan 12,500 anggota diseluruh seluruh negara dalam keadaan bersiap siaga.

Ia berikutan jangkaan banjir besar yang mungkin berlaku di 6 negeri sepanjang musim tengkujuh ini. 

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, melihat keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, kesiapsiagaan pegawai dan anggota diberi keutamaan dalam operasi mencari dan menyelamat serta bantuan logistik kepada mangsa banjir. 

Tambahnya, kejadian banjir yang berlaku bukan di kawasan kebiasaannya perlu diberi perhatian dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka.

Beliau menyatakannya kepada media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Perlis di Kangar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini