125,545 pelajar di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan secara bersemuka penggal 3 2021/2022 hari ini. Kesemua mereka mengikuti pembelajaran tanpa penggiliran termasuk 65,534 murid tahun 1, 2 dan 6.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Salim Ab Ghani berkata, turut mengikuti pembelajaran tanpa penggiliran adalah 34,201 pelajar tingkatan empat dan lima serta 4,729 calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
 
Sementara itu, 56,745 pelajar pula mengikuti pembelajaran mengikuti penggiliran, melibatkan pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
 
Jumlah itu ialah 19,531 pelajar tingkatan satu, 18, 882 tingkatan dua dan 18,332 pelajar tingkatan tiga. Bagi sekolah rendah, 64,797 murid tahun 3, 4 dan 5 mengikuti pembelajaran mengikut penggiliran.
 
Mengulas mengenai pematuhan SOP mengelak penularan COVID-19, Salim berkata semua pelajar dan murid termasuk 10,813 murid pra sekolah perlu melakukan imbasan suhu badan sebelum memasuki kawasan sekolah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini