127,066 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak COVID-19, semalam.

Data terbaharu itu menjadikan kumulatif pemberian suntikan ketiga meningkat kepada 9.74 juta atau 41.6 peratus.

Data Kementerian Kesihatan turut menunjukkan, 22.9 juta individu atau 97.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19.

Manakala 23.188-juta individu atau 99.1 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Bagi remaja 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2.77 juta atau 88.2 peratus individu selesai melengkapkan vaksinasi.

Sementara 2.86 juta atau 91 peratus individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Secara keseluruhan 129,597 dos vaksin diberi semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini