China mengarahkan hampir 13 juta penduduk di bandar Zhengzhou menjalani ujian COVID-19.

Ia selepas negara itu mengesan sebanyak 11 kes positif COVID-19.

Arahan dibuat menjelang penganjuran Olimpik Musim Sejuk bulan depan. Penduduk diletakkan bawah sekatan pergerakan separa dan wajib menjalani ujian untuk mengetahui status kesihatan secara menyeluruh.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Shaanxi, Ma Guanghui berkata, walaupun jumlah kes positif meningkat selama beberapa hari, peningkatan pesat dalam penyebaran COVID-19 di peringkat komuniti dapat dikawal berbanding ketika peringkat awal wabak itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini