13 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat insiden paip pecah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pihaknya telah menutup bekalan air pada 11.30 pagi tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan.

Kawasan-kawasan yang terjejas ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya,  Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Pandan Mewah dan Taman Mestika.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya esok pada 11.30 pagi. Para pengguna akan mula menerima bekalan air secara berperingkat selepas kerja-kerja siap dilaksana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini