Belanda melaporkan 13 kes varian baharu Omicron dikesan di negara itu.

Masing-masing dua kes juga dikesan di Denmark dan Australia.

Ia dikesan ketika lebih banyak negara menutup sempadan dengan mengenakan sekatan perjalanan.

Menteri Kesihatan belanda berkata, 13 kes varian baharu itu ditemukan di antara penumpang penerbangan dari Afrika Selatan yang tiba dari Amsterdam pada Jumaat.

Pihak berkuasa telah melakukan ujian terhadap lebih 600 penumpang dari dua penerbangan dan menemukan 61 kes positif COVID-19.

Ujian seterunya dilakukan untuk mengesan varian baharu.

Mula dikesan di Afrika Selatan, varian itu telah dikesan di beberapa negara termasuk Jerman, Australia dan Israel.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan varian itu sebagai “varian of concern” (VOC).

Ia mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia samada ia dapat mengelak keberkesanan vaksin an terus memanjangkan pandemik COVID-19 yang sudah memasuki tempoh hampir dua tahun.

Omicron berpotensi lebih menular daripada varian sebelumnya, walaupun pakar belum mengetahui sama ada ia akan menyebabkan COVID-19 yang lebih teruk berbanding dengan varian lain.

Namun, Pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan, Angelique Coetzee (cutziah) berkata dari pengalaman, simptomnya adalah sederhana.

Kebanyakan negara telah mengenakan sekatan perjalanan ke atas negara-negara selatan Afrika untuk cuba membendung penularan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini