Sekurang-kurangnya 13 maut akibat melecur manakala 98 lagi cedera susulan letusan Gunung Semeru di daerah Lumajang, Jawa Timur, Indonesia. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk memindahkan penduduk yang terperangkap.

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) berkoordinasi dengan tentera untuk memindahkan penduduk melalui jalan darat dan helikopter. Gunung Semeru yang memiliki ketinggian 3,676 meter itu memuntahkan abu sehingga 12,000 meter tinggi pada 3.20 petang semalam.

Lahar daripada letusan gunung berapi itu turut memusnahkan kediaman berhampiran, menyebabkan 902 penduduk di daerah itu terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini