Britney kini ‘bebas’ selepas Hakim Mahkamah Los Angeles memutuskan hak jagaan terhadap penyanyi itu dan aset bernilai AS$60 juta miliknya, dibatalkan, selepas penantian selama 13 tahun.

Bapa Britney, Jamie Spears sebelum ini berperanan sebagai penjaga selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 apabila Britney didakwa mengalami masalah kesihatan mental.

Selepas mendedahkan dia tertekan dengan perintah mahkamah itu, Britney terima sokongan orang ramai dan melantik seorang peguam bagi menyingkirkan bapanya daripada tugas tersebut.

Ini mencetuskan pergerakan #FreeBritney yang sering digunakan di pelbagai platform media sosial oleh penyokongnya dari seluruh dunia. Dalam perbicaraan di mahkamah pada Jun lepas, Britney mendakwa dia tertekan dan mahu kehidupannya kembali seperti biasa secepat mungkin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini