Tujuh jalan di sekitar kuil di Batu Caves ditutup bermula esok hingga 21 Januari sempena sambutan Thaipusam.

Penutupan bermula pada  pukul 7 malam hingga 12 tengah malam di  lampu isyarat Kg. Melayu Batu Caves, susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves, dan Jalan Batu Caves Lama ke Pintu Utama Kuil.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed berkata empat jalan lagi juga melibatkan jalan di sekitar Batu Caves dan Gombak.

1,300 anggota PDRM ditugaskan untuk memastikan kelancaran dan keselamatan serta pematuhan SOP.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini