135 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan penduduk terjejas banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan dua jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 102 kes sementara 28 kes melibatkan penyakit kulit.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir.

Mereka juga diingat untuk memastikan kebersihan diri dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir.

Peringatan lain termasuk elakkan bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar serta menjaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor.

Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini