136,448 warga asing direkod melakukan pelbagai kesalahan jalan raya dan 143,630  notis saman di keluarkan bagi tempoh 2019 hingga 23 Jun 2022 dalam Operasi Pemandu Warga Asing (OPS PEWA).  

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan Dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Aedy Fadly Ramli, kesalahan yang dilakukan antaranya tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tiada Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam.

Manakala dalam Ops PEWA di Selangor sebanyak  714 kenderaan dan 132 notis telah dikeluarkan ke atas pemandu  warga asing untuk pelbagai keasalahan. Tambah Aedy, Ops PEWA akan diteruskan di seluruh negara oleh JPJ.