1,391 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah untuk musim haji kali ini.
 
5 penerbangan tiba secara berperingkat sejak 4 Jun lalu.
 

Sebaik tiba, jemaah diberi taklimat pentadbiran dan pengurusan, kesihatan, bimbingan haji dan pengisian rohani.
 
Aktiviti Jemaah turut diisi dengan melakukan ziarah dalam dan luar Madinah yang dirancang pihak Tabung Haji, TH.  
 
Bagi ziarah luar, lokasi pertama ialah Masjid Quba, Masjid pertama yang didirikan Rasulullah atas dasar taqwa. 

Jemaah seterus dibawa melintasi masjid Qiblatain, saksi berlakunya pertukaran kiblat umat Islam dari Masjid Al-Aqsa ke Kaabah dan ke Masjid Sab’ah atau Masjid tujuh, iaitu berlakunya peperangan khandaq.  

Jemaah Haji Malaysia diselangi dengan lawatan ke ladang kurma yang menjual perbagai jenis kurma termasuk kurma ajwa yang ditanam sendiri oleh Rasullullah.

Mengahkiri ziarah luar, Jemaah dibawa ke bukit uhud, tempat berlakunya peperangan uhud, yang meninggalkan pengajaran besar, apabila tentera Islam
tewas dengan 70 daripadanya syahid. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini