14 anggota tentera maut manakala dua lagi parah selepas helikopter dinaiki terhempas ketika melakukan latihan penerbangan di Azerbaijan.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, kotak hitam sudah ditemukan di lokasi nahas.
Bagaimanapun punca nahas masih belum diketahui.

Pihak berkuasa melaporkan helikopter berkenaan terhempas di landasan Gara-kheybat di wilayah Khyzy.

Insiden berlaku dua minggu selepas Azerbaijan dan Armenia terbabit dalam konflik paling buruk di kawasan sempadan.

Perang selama enam minggu itu meragut enam ribu 500 nyawa dan berakhir dengan gencatan senjata .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini