Sekurang-kurangnya 14 penunjuk perasaan terbunuh semasa tunjuk perasaan besar-besaran di Sudan.

Penunjuk perasaan menuntut kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok yang disingkirkan dikembalikan serta pembebasan tahanan politik.

Protes di Khartoum dan bandar-bandar lain menyaksikan tunjuk perasaan menentang langkah-langkah yang diambil panglima tentera Sudan.

Ia termasuk membubarkan kerajaan dan melantik majlis berdaulat baharu.

Penunjuk perasaan berkumpul di bandar Khartoum, Bahri dan Omdurman.

Polis Sudan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tunjuk perasaan itu.

Sudan menghadapi krisis politik selepas Panglima Besar Angkatan Tentera Sudan Abdel Fattah Al-Burhan isytihar darurat 25 Oktober lalu dan membubarkan majlis berdaulat dan kerajaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini