Sebuah pesawat Nepal dengan 22 penumpang termasuk tiga anak kapal yang terhempas di kawasan pergunungan negara itu ditemukan semalam.

Pesawat Twin Otter dikendalikan Tara Air itu turut membawa empat warga India dan dua warga Jerman, sebelum hilang ketika dalam penerbangan dari bandar Pokhara ke bandar Jomsom di daerah Mustang.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal dalam satu kenyataan berkata, 14 mayat ditemukan di lokasi nahas.

Namun identiti mereka belum didedahkan.

Keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Tentera Nepal.

Ketua pegawai daerah Mustang, Netra Prasad Sharma berkata, pasukan penyelamat dengan 11 anggota berada di lokasi nahas untuk mencari mayat mangsa.

Dan disebabkan keadaan cuaca buruk, tiada pasukan lain dapat terbang ke lokasi.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai punca nahas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini