Dianggar 10,000 keluarga Islam terlibat banjir sekali gus berdepan risiko kemusnahan dokumen penting, termasuk sijil nikah, cerai dan rujuk.
 
Justeru, Jabatan Agama Islam Pahang memperuntukan sebanyak RM200,000 , bagi menggantikan sijil-sijil berkenaan secara percuma.

Bagi mendapatkan penggantian dokumen boleh berurusan di mana-mana 14 Pejabat Agama Islam Daerah bermula Isnin ini hingga 28 Februari tanpa janji temu.

Penggantian secara percuma itu dianggarkan melibatkan sejumlah 8,000 sijil nikah, 1,500 sijil cerai dan 500 sijil rujuk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini