Sebuah bot membawa 4 kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam dipercayai akibat dipukul ribut di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 2 petang tadi.

Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan sebuah bot dilaporkan hampir karam itu.

Sektor operasi diperluaskan dari lima batu nautika hingga ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan.

Penemuan barangan tersebut adalah pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari posisi akhir bot berkenaan dilaporkan hilang.

Sehingga kini pencarian masih dilakukan bagi mengesan bot mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini