14 syarikat tempatan telah dikenalpasti memenuhi kriteria untuk mengeksport durian Musang King ke China. Mengulas lanjut , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata syarikat yang terpilih untuk mengeksport bagi fasa pertama itu akan diumumkan Isnin ini. Pemilihan syarikat berkenaan adalah hasil kerjasama kementeriannya dengan Kementerian Kesihatan yang mendapati syarikat-syarikat tersebut memenuhi piawaian yang ditetapkan General Administration of Custom of People’s Republic of China, (GACCA).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini