Gara-gara tidak sedar dawai tiang elektrik tersangkut pada kontena sebuah treler, 14 tiang elektrik tumbang dan dawai terputus di Jalan Ahmad Boestaman dekat Slim River. 

Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata hasil siasatan mendapati treler itu bersama dua kelindan dari jalan persekutuan menghala ke arah Ipoh. 

Usaha mengesan pemandu itu sedang dijalankan berikutan pemandu meneruskan perjalanan selepas kejadian.

Tindakan saman akan diambil terhadap pemandu berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini