Seramai 140 orang daripada anggaran 600 bakal haji yang menjadi kumpulan pertama menjalani ibadah tersebut di Tanah Suci tahun ini telah berlepas dari stesen berlepas Alor Setar, Kedah malam tadi.

Walau bagaimanapun, terdapat dua bakal haji daripada kumpulan pertama itu tidak dapat meneruskan penerbangan kerana positif COVID-19 dan juga kontak rapat.

 
Kesemua mereka berlepas menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA dan seterusnya akan menaiki penerbangan sewa khas haji untuk ke Madinah.

Pengarah Operasi Stesen Berlepas Alor Setar, Nawawi Ishak berkata, pelepasan bakal haji dari Kedah melalui stesen Alor Setar Fasa 1 ini melibatkan empat penerbangan bermula 9 hingga 12 Jun ini.

Kumpulan pertama telah berlepas ke KLIA pada pukul 7.50 petang semalam dan dijadual menukar penerbangan ke Madinah pada jam 1.25 pagi tadi.

Jelasnya, bakal haji yang positif COVID-19 akan dijadualkan semula ke penerbangan yang sesuai selepas selesai kuarantin dan disahkan negatif COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini