Sehingga 11 pagi tadi seramai 36 keluarga melibatkan 140 penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Malaysia (APM)  Kapten Saifuddin Abdullah berkata  mereka merupakan penduduk dari Kampung Banggol Besi, Kampung Alor Punti, Kampung Tanjung Radin, Kampung Tanah Merah Dalam, Kampung Sukamari dan Kampung Batu 16. 

Turut terlibat, lima penduduk dari Kampung Seberang Pendang dalam Mukim Padang Pusing; 10 penduduk dari Kampung Tok Pauh dan Kampung Alor Ali dalam Mukim Bukit Raya; serta lima penduduk dari Kampung Tok Sedau dalam Mukim Padang Peliang.

PPS berkenaan mula dibuka sejak Ahad lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini