Kerajaan negeri menjangkakan seramai 1,440 individu akan menggunakan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua pada minggu pertama pembukaan bermula 29 November ini.

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata, berdasarkan pembincangan kedua-dua kerajaan Malaysia dan Singapura, jumlah pengembara yang menggunakan laluan tersebut dijangka meningkat kepada 2,500 orang pada minggu kedua dan seterusnya 5,000 orang pada minggu ketiga.

Beliau berharap, pembukaan VTL darat yang dijadualkan berjalan serentak dengan VTL udara tidak akan ditangguhkan.

Kerajaan Johor turut mempertimbangkan penggunaan teknologi dan kaedah terkini seperti saringan spektrum individu bagi mempercepatkan proses saringan dan meningkatkan jumlah kemasukan pengembara.
 
Ia merupakan satu langkah progresif untuk memulihkan ekonomi kedua-dua negara.
 
Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini