145,976 pelajar di Terengganu akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 8 November ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, ia melibatkan kemasukan 66-ribu 202 murid Tahun 1, 2 dan 3 serta 35,450 pelajar Sekolah Menengah  Tingkatan 3 dan 4 Menurutnya, jumlah itu termasuk calon SPM dan STPM serta Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan murid prasekolah yang memulakan sesi persekolahan pada 3 Oktober lalu.

Beliau berkata pelajar akan memulakan persekolahan di 505 sekolah di seluruh Terengganu mengikut penggiliran dan pematuhan SOP.

Secara keseluruhan 248,621 pelajar di Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 14 November depan secara berperingkat.

Beliau ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.


MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini