15.4 juta penduduk golongan B40 seluruh negara bakal menerima manfaat kemudahan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang memperkasa kegiatan ekonomi digital khususnya di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.

Sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dipertingkat dan dipergiatkan sebagai pusat sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar.

Selain itu, sebanyak 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama 2022, sementara 173 PEDi lagi beroperasi menjelang penghujung tahun depan; menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan PEDi di Dewan Orang Ramai Kampung Durian Tawar, Bera, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini