Sebanyak 15 aduan kenaikan harga ayam dan telur diterima KPDNHEP Kedah membabitkan harga maksimum borong dan runcit barang terkawal sejak Februari sehingga semalam.

Pengarah KPDNHEP Kedah Afendi Rajinih Khan berkata aduan yang diterima membabitkan peniaga mengenakan caj tambahan seperti kos pengangkutan dan upah memotong ayam.

Dalam tempoh tersebut sebanyak 7,141 peruncit diperiksa dan 116 daripadanya dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Berdasarkan pecahan, penguatkuasa Cawangan Alor Setar mencatatkan tindakan kompaun tertinggi iaitu 89 kes , diikuti Sungai Petani 9 kes , Kulim 6, Langkawi dan Kubang Pasu 5 kes dan Baling 2 kes.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini