10 lelaki dan lima wanita ditahan kerana menjadikan rumah sewa di Kuala Lumpur sebagai makmal pemprosesan pelbagai jenis dadah.

Mereka ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur pada Selasa dan Rabu lepas.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas seberat 6.1 kilogram dianggarkan bernilai RM305,298.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata kesemua suspek warga tempatan itu mempelajari teknik memproses dadah dari rakan-rakan dan juga menerusi internet.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini