Sekurang-kurangnya 15 maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat sejak bulan lalu di Guatemala. 

Bencana itu menjejaskan 500,000 penduduk.

Antara yang terbunuh, seorang wanita bersama enam orang anaknya serta tiga anggota keluarga. 

Hujan bersama angin kencang mengakibatkan tanah runtuh dan banjir sekali gus memusnahkan infrastruktur.

Menurut Pusat Penyelarasan untuk Pencegahan Bencana, 930 kediaman musnah selain lapan buah sekolah, tujuh jambatan serta lebih 80 jalan raya.

Kebanyakan kawasan yang terjejas didiami oleh masyarakat peribumi, yang paling terdedah kepada bencana alam.

Hampir 60 peratus daripada 17 juta penduduk Guatemala hidup dalam kemiskinan.

Hujan pada tahun lalu meragut 35 nyawa dan menjejaskan hampir satu daripada 10 rakyat Guatemala. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini