Seramai 15 pelajar terselamat selepas asrama pondok Maahad Assyatirie dua tingkat di Dulang Besar, Yan musnah dalam kebakaran semalam.
 
Ketika kejadian kesemua pelajar dilaporkan sedang menjalankan aktiviti diluar sebelum menyedari asap tebal di atas sebelah kiri asrama berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat,  BBP Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu sekitar jam 6.32 petang.
 
Sepasukan anggota dari BBP Yan, BBP Guar Chempedak serta dua Pasukan Bomba Sukarela
dari Padang Lembu dan Guar Chempedak digegaskan ke tempat kejadian.
 
Setiba di lokasi, api didapati sedang marak di tingkat atas pondok dan operasi pemadaman dilakukan untuk mengelak api daripada terus merebak.
 
Api dapat dikawal sekitar pukul 6.49 petang sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.24 malam.
 
Kebakaran di tingkat atas pondok itu yang merupakan asrama  membabitkan kemusnahan 80 peratus.
 
Fauzi berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini