Terdapat 15 projek infrastruktur Kementerian Kerja Raya di Sabah dan Sarawak diklasifikasikan sebagai projek ‘sakit’ yang lewat pembinaan serta gagal siap mengikut jadual.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, antara projek tersebut adalah pembinaan Hospital Petra Jaya (HPJ) di Sarawak yang terbengkalai sebelum ini.

Jelasnya bagi menyiapkan projek itu, kaedah tender terbuka akan diberikan dalam kalangan Kontraktor Penyiap yang telah diluluskan dan diberikan Sijil Kontraktor Penyiap KKR.
 
Tambah beliau, kementeriannya sentiasa memantau prestasi kontraktor penyiap
melalui pematuhan kriteria yang ditetapkan selain bebas daripada sebarang projek sakit dan tindakan tatatertib.
 
Sijil pengiktirafan yang diberikan kepada kontraktor terbabit akan ditarik balik serta-merta sekiranya didapati melanggar peraturan.
 
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan jalan akses ke kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini