Setakat 2:30 petang tadi, aras air di 15 batang sungai di empat negeri iaitu Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, melebihi tahap bahaya.

Di Pahang, membabitkan Sungai Paya Gintong, Jerantut; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, Sungai Jelai di Jeti Lipis dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran.

Juga, Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.

Di Segamat, Johor pula membabitkan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Sungai Muar di Buloh Kasap dan Sungai Segamat di Bandar Segamat.

Satu lagi, adalah Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak.

Sementara di Negeri Sembilan, membabitkan Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol, Sungai Gemenceh di Empang Sungai Dua, Tampin dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah.

Di Melaka pula melibatkan Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini