Ke arah meningkatkan sektor pelancongan, Johor memperkenalkan 15,000 Baucer Pelancongan Johor kepada seluruh rakyat Malaysia. Baucer bernilai RM100 itu perlu dimuat turun menerusi aplikasi Johor Tourism Interchange dan boleh mula ditebus, Jumaat ini.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, secara keseluruhan, RM1.5 juta diperuntukkan untuk baucer berkenaan yang dilengkapi tiga pakej utama iaitu, Alam sekitar, Hiburan Keluarga dan Warisan Budaya. Jika sambutan menggalakkan, kerajaan Johor bercadang meneruskan baucer itu tahun hadapan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini