Lebih 15,000 peniaga kecil dan mikro luar bandar seluruh negara disasar menerima manfaat melalui pelaksanaan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan, ReDi.

Ia berdasarkan sasaran 100 peniaga dari pihak berkuasa tempatan menyertai program berkenaan menjelang akhir tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, di bawah program tersebut, daerah Kuala Berang di Hulu Terengganu menjadi perintis wilayah e-Dompet luar bandar pertama negara.

Ketika ini, 63 peratus  daripada 375 peniaga di Ajil dan Kuala Berang sudah berdaftar dengan pelbagai penyedia kemudahan e-dompet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini