Lebih 15,000 wanita kumpulan B40 seluruh negara telah mengambil ujian percuma Virus Papiloma Manusia (HPV) bagi tujuan pemeriksaan pencegahan kanser serviks.
 
Pengerusi Yayasan ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening), Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, hasil ujian tersebut, 7 peratus dikesan mempunyai kuman HPV dan lima dikesan menghidapi kanser serviks.
 
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai wanita tampil melakukan ujian tanpa rasa takut dan malu.
 
Profesor Datuk Dr, Adeeba turut menyarankan agar pertubuhan bukan kerajaan-NGO turut serta membantu menjayakan program kesedaran mengenai bahaya kanser ketigapaling banyak dihidapi dalam kalangan wanita Malaysia.

Beliau ditemui pada Program ROSE di Gua Musang, Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini